Monday, February 22, 2010

Lagi-lagi wow!



Pokok apa lebih tua daripada kita?

Selain binatang, apa lagi yang makan padi?

Tempat apa yang paling suka dikunjungi oleh duda?

Binatang yang suka vacation?

Kelab bola yang ada kaitan dengan tubuh badan?


Jawapannya.. jeng jeng jeng!!!!

- Pokok (KAK)TUS.
- Pagar. (harapkan pagar, pagar makan padi)
- Kampung Janda Baik.
- Ikan Kelah.
- LIVERPOOL (liver=hati)

Gelak pagi!


Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
- Jambatan.

Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
- Satu, sebab dah mati.

Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
- Bapa awak.

Bom apa tidak meletup?
- Bomba.

Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
- Jamban.

Sunday, February 21, 2010

Lawak king!


Benda apakah semasa pergi terbang, semasa balik berenang?

Manusia suka melombongnya, namun tidak mendatangkan keuntungan langsung. Apakah itu?

Penyakit apa yang selalu dihidapi oleh orang kaya?

Binatang apa yang mempunyai kereta?

Atas berbulu, bawah berbulu, kalau di bukak luas-luas merah, kalau disumbat berair. Apakah itu?

HAHAHA.. Jawapannya:

- Batu ladung(pada pancing).
- Tahi hidung.
- Kayap.
- Lembu(kereta lembu).
- Mata.