Saturday, December 26, 2009

Sein & Nana juara Sehati Berdansa 3 – Tahniah!


Program realiti Sehati Berdansa untuk musim ke-3 sudahpun melabuhkan tirainya dan rasanya korang pun sudah mengetahui pasangan manakah yang bergelar juara kan. Itupun kalau korang nengok TV la. Huhu.. Dengan itu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Sein dan Nana kerana telah merangkul gelaran juara menewaskan pasangan favourite musim ini siapa lagi kalau bukan Sazzy dan Nazril.

Dengan kemenangan ini, Sein & Nana telah berjaya menyumbang RM20,000 kepada badan kebajikan yang mereka wakili disamping membawa pulang sebuah kereta Audi A4 yang bernilai lebih RM200,000 berserta pakej bulan madu ke Rome.

Pasangan Sazzy dan Nazril yang menduduki tempat kedua pula telah berjaya menyumbang sebanyak RM15,000 kepada badan kebajikan yang mereka wakili dan sebagai naib juara mereka menerima hadiah berupa pakej percutian ke Australia.

Sekali lagi, tahniah kami ucapkan kepada Sein & Nana diatas kemenangan ini. Kepada Sazzy dan Nazril pula, jangan sedih-sedih yer. Biasalah adat pertandingan, mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau semua menang, bukan pertandingan la namanya. Huhu..

Apa-apa pun, tahniah juga kami ucapkan kepada semua pasangan kerana telah berjaya memberikan sumbangan kepada badan-badan kebajikan yang diwakili. Semoga niat anda untuk membantu badan kebajikan yang anda wakili adalah ikhlas.



Lagi - lagi Scha!!


Beberapa hari lalu, Scha ada meluahkan perasaan kat laman Facebook milik’nya. Daripada luahan perasaan tersebut, jelas yang Scha bengang terhadap penulis blog terutamanya penulis blog2 hiburan apabila kisah mengenai’nya cuba disensasikan.

Mungkin ada diantara korang yang tidak berkesempatan membaca luahan perasaan Scha itu, jadi kami copy paste’kannya kat bawah ni. Kalau rajin, korang baca la yer.



What do i do
Sun at 2:51am

Salam.

Seperti biasa, its been an okay week for me. but today, im very upset. yes as a public figure and a well known person, theres price i hafta pay. but kadang2 kan lebih baik kalau semua faham yang saya ni pun manusia…

kita ada fundamentall beliefs. masing2 ada philosophy masing2. masing2 ada pendapat dan cara tersendiri. so far, Alhamdulillah, saya cuba entertain semua fans yg nak amik gambar dan sebagainya. but bila saya buat mcm tu, ada suara2 sumbang, oh dia dulu mcm tu lah, sekarang mcm tanak layan lah. pernah tak terfikir yg kami ni semua manusia, ada rasa penat, rasa marah etc. pernah tak?

Gambar skodeng merata2. kat mana etika. be civilised. tak sangka sampai mcm tu sekali orang sanggup buat. semata mata nak dapatkan HIT tinggi, visitor ramai ,iklan banyak dlm blog masing2???

terlalu banyak spekulasi,banyak benda yg di teka, banyak benda yg simple di besarkan tanpa usul periksa. soalan2 yg tak perlu, melaga lagakan orang. apa tu? utk ratings? i mite be doing a risky move by voicing out what i feel but at least, im being honest.

cinta 3 segi. apa tu? God knows and i haf proof that the reason why we broke up is bcoz somthing else. bukan sebab pihak ketiga. please, get it cleared and no more after this. tak payah pandai2 nak bercakap and spread “VIRUS” ni.

twitter. i tweet, kalau i approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk dlm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. itulah yg internet buat. bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu.

saya, akan bercakap bila perlu, berkongsi bila sampai masa.

sekurang2 kurangnya saya bukan bertopeng

TC
salam



Tahniah buat Dafi pelajar terbaik LimKokWing.


Gaddafi Datuk Seri Ismail Sabri kerana telah dipilih sebagai pelajar terbaik Akademi Senireka Muzik dan Bunyi LimKokWing sempena majlis Graduasi Kelas 2009 Universiti LimKokWing yang berlangsung baru-baru ini. Hebat anak datuk ni, dah la kaya , muka ade, bakat ade, budi bahase ade, score perfect!! Jangan terhenti disini jer k... Semoga sukses-sukses la awak slalu yer!!

Wajah Ummi Nazeera selepas dipukul Remy Ishak?


Jika korang pengikut setia perkembangan dunia hiburan kat Malaysia ni, sure korang dah tahu mengenai kes antara Remy Ishak dan Ummi Nazeera kan? Semuanya terbongkar selepas Remy Ishak dibelasah di Istana Budaya sebaik berakhirnya pementasan teater Natrah pada awal Disember lalu dan kes ini menjadi semakin ‘panas’ kerana masing-masing cuba menegakkan benang yang basah.

Hari ini, kes Remy Ishak dan Ummi Nazeera ini menjadi semakin ‘menarik’ bila pembantu rumah Ummi Nazeera membuat pengakuan selaku saksi kejadian yang dibawakan oleh Harian Metro.

Menurut pembantu rumah Ummi Nazeera yang semasa itu berada di tangga, dia ada melihat Remy Ishak memusingkan badan dan melibaskan tangan dengan laju ke arah muka Ummi Nazeera sehingga menyebabkan Ummi Nazeera terjatuh.

Pembantu rumah Ummi Nazeera juga memberi tahu yang Remy berpesan sebanyak dua kali kepadanya supaya tidak memberitahu kejadian tersebut kepada sesiapa malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

Hurm.. Kita tunggu apa kesudahan ’sinetron’ dan ‘telenovela’ ni. Kalau buatkan drama, gerenti dapat sambutan ni. Huhu..

Zizie Ezette dan Bung Mokhtar dah bernikah??

VS

Nampaknya kisah pengakuan Zizie Ezette dilamar oleh wakil rakyat BN sabah menjadi semakin panas. Terbaru, Zizie Ezette sebenarnya sudah bernikah dengan wakil rakyat BN sabah tersebut. Dan wakil rakyat tersebut adalah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin. Namun begitu, Datuk Bung Mokhtar menafikannya. Ibu Zizie, Khaty Fauziah juga turut menafikan yang anaknya sudah bernikah. Tapi yang nyata, dalam maklum balas dari ibu Zizie, mereka sedang mengenali hati budi masing². So, maknanya betullah Datuk Bung Mokhtar adalah wakil rakyat BN sabah yang disebut² oleh Zizie..

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.

"Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty.

Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:

"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya. - mstar <<--- (mmmm, rasa-rasanya dah sah la tu kot!)

Khaty Fauziah, ibu Zizie Ezette

Ditanya sama ada Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) itu sudah menyuarakan hasrat untuk meminang Zizie, Khaty berkata, perkara itu hanya berlaku antara mereka berdua.

"Saya hanya dimaklumkan oleh Zizie bahawa Bung Moktar ada melamarnya sebagai isteri tetapi itu antara mereka berdua, tidak lagi secara rasmi melalui saya," katanya.


(Zizie, Zizie.... Pening kepala Mummy!!! )


Gambar Ummi Nazeera Seksi Clubbing

Mungkin anda selalu lihat Ummi Nazeera ni di TV. Sape lagi, Ummi Nazeera ni lah salah sorang pelakon dalam siri drama, Awan Dania di Astro Ria. Heran jugak, kenapa lah artis Melayu kita ni suka sangat clubbing. Eh eh, ape yang ade atas meja tu?? Sparkling apple ke atau champagne?

PROFIL/BIODATA: Ummi Nazeera

  • Name: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
  • Commercial Name: Ummi Nazeera
  • Date of Birth: 20 August 1990
  • Place of Birth: Kuala Lumpur
  • Height: 165sm
  • Weight: 50 kilogram
  • Drama: Pesona Bintang, Dinasti Bilut, Takdir Yang Terindah, Takdir Sedang Berbisik, Awan Diana and Nur Kasih.