
Jika korang pengikut setia perkembangan dunia hiburan kat Malaysia ni, sure korang dah tahu mengenai kes antara Remy Ishak dan Ummi Nazeera kan? Semuanya terbongkar selepas Remy Ishak dibelasah di Istana Budaya sebaik berakhirnya pementasan teater Natrah pada awal Disember lalu dan kes ini menjadi semakin ‘panas’ kerana masing-masing cuba menegakkan benang yang basah.
Hari ini, kes Remy Ishak dan Ummi Nazeera ini menjadi semakin ‘menarik’ bila pembantu rumah Ummi Nazeera membuat pengakuan selaku saksi kejadian yang dibawakan oleh Harian Metro.
Menurut pembantu rumah Ummi Nazeera yang semasa itu berada di tangga, dia ada melihat Remy Ishak memusingkan badan dan melibaskan tangan dengan laju ke arah muka Ummi Nazeera sehingga menyebabkan Ummi Nazeera terjatuh.
Pembantu rumah Ummi Nazeera juga memberi tahu yang Remy berpesan sebanyak dua kali kepadanya supaya tidak memberitahu kejadian tersebut kepada sesiapa malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.
Hurm.. Kita tunggu apa kesudahan ’sinetron’ dan ‘telenovela’ ni. Kalau buatkan drama, gerenti dapat sambutan ni. Huhu..
No comments:
Post a Comment